Lamanya rasa tak update blog ni.
Kekangan masa yang teramat sibuk membuatkan diri saya tak berkesempatan untuk
sama-sama meneruskan perjuangan memperjuangkan produk Islam di HPA Industries Sdn. Bhd.
Walaubagaimanapun, saya masih berkesempatan menggunakan produk2nya walaupun tidak selalu mengikuti kelas mingguan HPA di kawasan saya iaitu di Bandar Baru Bangi. Seperti baisalah, produk kegemaran yang tidak pernah saya 'miss' untuk menggunakannya ialah Kopi Radix. Nampak je tinggal satu sachet atau dua sachet lagi pada papan kopi radix tu, saya akan terus membelinya walau apa cara sekalipun. Begitulah saya selalunya.
Sebenarnya, ada sebab saya rasa terpanggil untuk menulis lagi di blog ni, yang dulunya saya dah nak buang saje blog ni dari senarai blog2 saya. Tapi apakan daya, perjuangan memperjuangkan produk-Nya membuka pintu hati saya untuk terus menulis lagi. Alhamdulillah, keishatan saya juga sekarang sudah bertambah baik sejak menggunakan Kopi Radix. Bangun saje waktu pagi, saya terus jerang air untuk minum kopi radix panas, sebelum gosok gigi. Waktu gigi belum digosok ialah waktu terbaik dimana enzim yang melekat pada mulut kita pada masa tidur ialah enzim yang baik untuk penghadaman.
Saya teruskan kepada sebab sebenar saya menulis lagi di blog yang hampir saya tamatkan riwayatnya ini. Saya disuruh oleh doktor untuk menjalani satu pembedahan
secepat yang mungkin.
apa??? PEMBEDAHAN?????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
TAK MUNGKIN, TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!
Semua orang akan takut bila sebut saje pasal pembedahan. Entah la, saya pun tak tahu macam mana ianya terjadi. Kesakitan yang saya alami rasanya dah lama.
Tapi saya buat tak tahu je selama ini, bercampor dgn saya ni memang
malas nak jmpa doktor sebenarnya.
Sampai satu ketika terdetik kat hati nak buat pemeriksaan
kat klinik.
Kusangkakan panas hingga ke ptg rupanya hujan di tengahari.
Lain yang jadi, sampai je kat klinik tu dlm pkul 10pg...doktor menyuruh saya
membuka seluar...dia tengok-tengok kat bahagian 'tu',
lalu kes saya dirujuk ke bhgn pakar di tingkat atas klinik itu. Temujanji dibuat.
Pukul 2ptg, saya datang kembali ke klinik tadi dan doktor pakar tu
pun tengok-tengok sekejap kat bahagian 'tu' lantas dengan selambanya
menyuruh saya menjalani satu pembedahan secepat yang boleh.
Apa yang mengecewakan saya ialah, doktor tu sepatutnya bagi la nasihat ke, kata-kata hikmat ke...baru la suruh bedah..
ini tidak, nak buat pembedahan mcm nk suruh makan ubat!
Apa lagi..saya pun memang kecut perut...dah la nak gi jumpa doktor
pun dah takot, ni kan pulak nak buat pembedahan...
boleh melayang nyawa tu!
Dua tiga hari pikir punya pikir,
saya tak akan menjalani pembedahan tu.
TAKUT!!
Sekarang saya mencuba rawatan dari HPA yang menggunakan
herba asli bumi.
Apa yang disarankan oleh seorang pengamal perubatan HPA atau dipanggil Herbalis
ialah saya disuruh makan ubat Tuju Angin 6 biji satu hari, 3biji
waktu pagi dan 3biji waktu ptg. Selain disuruh makan pisang
dalam kadar yg bnyk setiap hari dan urut bahagian 'tu' dengan
Minyak But-but dari HPA.
Apa yang penting, kita perlu yakin dgn perubatan herba nidan juga dgn kuasa dari Allah.
Ini juga adalah peluang untuk saya memantapkan diri dengan HPA sbb saya dah menjadi ahlinya
sejak setahun yang lalu. Harap-harap HPA dapat menolong saya
dan dengan kuasa dari Allah jualah saya memohon perlindungan
dan keselamatan.
InsyaALLAH dan harap-harap saya kembali normal mcm orang lain.
Amin...